xtau apa ummi nak tulis hr ni;).. payah juga nak mengupdate blog sejak bersama anak2 di rumah. anak2 semuanya xsetuju ummi duk di depan kom jika mereka berada bersama. semua nak ajak bermain. tasneem yg pelat2 lagi bahasanya, asik panggil2.. "ummi, ummi, ummi..." sambil menyerongin bersama giginya yg 4 btg xtambah2. yg muhammad pulak, "ummi, tengok amad aaa..", "ummi, suka kat amad aaa".. bila ummi buat muka masam, kalau lepas dia mengacau adiknya sampai menagis.., muhammad kami panggil namanya penuh "muhammad" dan dia pun boleh sebut penuh namanya. tp sejak hantar ke rumah kak misah, kawanny2 semua memanggil dia amad, dia balik umah pun, dia menggelarkan dirinya amad..
Gambar lama, iftar bersama keluarga aqrab. ms ni muhammad kecik lg baru bape bulan |
cpt betul 2 bulan, 25 ni habislah cuti bersalin ummi, masuk ke fasa cuti tanpa gaji. bercuti memang best, tp tanpa gajinya tu yg xbest.. hehe, ummi dah melalui kedua2 keadaan ini, bekerja dan dapat gaji, dan juga, tidak bekerja dan tidak bergaji.. bezanya kali ini ummi bercuti dengan anak2. dulu belum ada anak.. ummi start bekerja ms muhammad umur 4 bulan. ekonomi, hampir sama je;).. cuma perlu dibuat pertimbangan mendalam, sama ada berbaloi ke tidak.. aaah.. susah nak ckp.. bila byk dapatnya, byk keluarnya. dulu walaupun xbergaji, hidup sederhana.. hutang xbyk, keinginan xbyk.. bila bergaji mula lah.. hutang pun bertambah.. keinginan bertambah;)... bila ada duit, ada je yg rs mcm "kene" ada. ummi bukan kaki shopping, tp .... itu lah hakikatnya, bila ada duit ni.. tau je ke mana nak dihala kan... ;).
mmg lah, kalau tgk drpd satu sudut, nampak "selesa" lah pendapatan ummi sbg pegawai IT gomen, dan abi sbg engineer perodua... alhamdulillah kami bersyukur sgt2.. tp nanka ummi rs mcm ada satu ketidakpuasan lagi.. apa eeh? bukan hidup mewah yg ummi nak kan.. tapi? tapi apa... huhu... iyadana.. paling tidak suka bila terpaksa buat keputusan.. tp siapa yg nak buat kan keputusan untuk kita? nak suh org buatkan keputusan... jgn! kita akan menyalahkan org bila keputusan itu bg kesan yg kita xsuka dlm hidup kita.. dan jgn juga, keputusan kita itu sgt2 dipengaruhi oleh kehendak org lain, yg kita syg.. kita hargai.. sbb, kita berusaha, untuk kejayaan hidup kita sendiri dunia akhirat... sama jugak, kalau keputusan tu nnti xberpihak kepada kemenangan kita, kita akan menyalahkan org yg kita sygi itu juga. lagi2 soal masa depan, hidup mati, dunia akhirat. mm, ummi, buatlah keputusan sendiri atas hasil perbincangan, pengalaman, matlamat.. bukan sbb ikut kata org.. kata2, pandangan org tu penting, tp bukannya org buatkan keputusan utk kita, semuanya perlu pertimbangan matang.
apa yg penting, kita seronok dengan apa yg kita buat. campaklah pi mana pun diri kita, kalau kita rs seronok, insha-allah xkan ada rs tertekan yg melampau. ikhlas.. dan hadirkan perasaan "mahu buat".. kalau rs seronok tu ada, walaupun susah, walaupun apa sekali pun.. kita xkan rs sgt, melainkan keseronokan melakukannya.
dahlah.. ummi tak tahu apa nak ngepek mlm ni;) .. semua org dah tidur.. idea plk xdtg. kalau semua tgh jaga.. mcm2 rs nak tulih kat "Apa yg anda fikirkan?" tu.. huuhu.. tu yg kadang2 siang2 hr merepek2 je ummi tulis. Walaupun nmpk cam "merepek" hrpnya dapat beri manfaat. manfaat bg ummi, xsemestinya benda yg "serius" sj. smgt juga manfaat, hiburan juga manfaat.. jenaka juga manfaat. kalau tidak bg org lain, mungkin bg ummi sendiri....
daaa:D
1 ulasan:
dila,
manusia ni mmg begitu,kan? selagi ada duit, selagi rasa tak pernah cukup dgn apa yg kita ada. mcm manalah agaknya ye kalau kita ni ibu berkerja mcm dila....tak dpt bayangkan la...hehe
Catat Ulasan