Jumaat, Oktober 08, 2010

irama sang ibu

alhamdulillah ala kulli haal..

sudah hari jumaat hr ni..:) slmt hr jumaat. satu kelemahan ummi slps duduk rumah ni, kdg2 ummi gagal mengingat hari. mengingat hari bulan apatah lagi.. kesibukan melayan anak2 membuatkan semakin "pelupa"? oh tidak... harapnya tidak begitu. biasalah... harap penyakit ini dapat diubati:).. ummi sedang menikmati kebahagiaan duduk di rumah sbg seorg suri. mudah2an rumah ini semakin berseri2.. walaupun hakikatnya semakin bersepah dengan mainan anak2.. dengan susu anak.. dengan muntah anak2.. yg kadang2 tidak sihat, beronar:).. semuanya memerlukan kesabaran.. mungkin Allah sedang mendidik ummi menjadi seorg yg sabar. inilah hakikatnya... kalau niat untuk duduk di rumah, xmahu pegi bekerja sbb mahu berehat, tidak.. tidak mungkin akan tercapai.. sejak kelahiran anak pertama, benda yg selalu umi impikan, ialah tidur yg lena;).. mgkin xkan berlaku sampai anak2 besar nnti.. tp alhamdulillah.. alhamdulillah .. alhamdulillah.. dikurniakan anak2 yg sihat, tidak sakit berat.. tidak perlu kerap berjaga malam menguruskan kesakitan anak2.. itu yg nikmat yang paaaling perlu disyukuri. ada org malamnya berjaga, sambil menitis air mata.. melihat anak2 yg sedang mengerang kesakitan. Semoga dijauhkan kerana mungkin ummi x setabah mereka. allah menguji mereka sesuai dengan kekuatan yang mereka ada.

afif pun dah nak join.. xsuka dah dia duduk atas katilnya sorg2.. tp xboleh percaya lagi lah yg dua org ni

di rumah penat badan, di ofis penat otak! ya.. mungkin itu yg dapat ummi simpulkan... walaupun di rumah penat badan.. main dengan anak2, mandi kan anak2.. perlu mendokong anak2 yg dah mula montel2.. mmg membuatkan ummi sakit belakang, sakit dada.. afif, alhamdulillah, xbyk ragam, jrg nangis buat ms ini..cuma masih blm blh mengurus diri...kalau dia xnangis kuat, mmg jrg ummi mengangkatnya.. tp ummi suka sembang2 dan duduk mengadap mukanya sbb mukanya sgt menenangkan.. baby mana pun! masih bersih .. masih belum terpalit dosa.. dan masih belum pandai beronar;) .. afif suka senyum.. kalau sembang dengan dia, dah pandai bg respon yg mengujakan.. sbb tu kalau disuruh 24jam mengadap yg seorg ini, ummi mahu!

ptg smlm, entah knp xde angin, xde ribut.. tasneem mengamuk sakan... wah, beronar sungguh dia.. mmg menguji kesabaran. abi br balik keje, keletihan, ummi tgh menyediakan juadah berbuka puasa. tah apa yg dimahunya pun, xtahu.. sampai termuntah2...mgkin nak suruh lyn sbnrnya;) tu je.. ummi tgh sibuk kat dapur..kalau nak tahu, tasneem nak tidur kene ngempeng dulu! kalah afif.. afif belum pandai ngempeng.. dapat menyusu, dia kenyang, kdg afif tidur sendiri. tp anak dara yg no 2 ni, masya allah manjanya lain sikit.. byk ummi kene menuntut ilmu psikologi seorg anak perempuan.. biasanya siang2 hr dia ceria sj bermain, xde mslh.. nak tidur pun ngempeng skjp, kemudian tertidur. tp bila tiba angin kus2nya... biasanya ptg.. hoho.. boleh tahan.. hebat sekali.. jenuh nak pujuk. kesudahannya smlm dah termuntah2, dah kene marah.. pastu ummi susu kan dia tidur dlm teresak2.. biasanya peristiwa mcm ni jd, bila... afif pun sama2 nak nyusu.. maka naiklah angin jelesnya td dan melarat2 lah mengamuknya xdapat dibendung.

muhammad pulak smlm pun sama juga.. angin petangnya kurg baik. mgkin nak ajak berjalan2 .. keluar. biasanya pg, lps mandi ummi biar dua org ni main basikal di laman.. pusing2 sambil ummi sidai bj, sapu2 dsbg. nak bawa keluar pgr, xberapa berani.. takut ada anjing liar bekeliaran.. best jugak kalau dpt buat.. mesti diorg x'puas' sgt duduk dirumah. insha-allah nnti ummi usahakan.. muhamad smlm.. ms tasneem tgh mengamuk, mcm biasa.. asyiklah duk tanya soalan.. tanya.. tanya.. dan terus tanya.. minta di jwb... kesiankan kalau xdijawab.. anak2 mintak didengar suara mrk.


boleh main, tp lama2 dia boring.. kene pelbagaikan aktiviti

wanita bekerjaya vs suri rumah setakat pemerhatian umi:

1. kalau keje, rumah xsempah, anak2 xsempat sepahkan umah, mlm balik dia dah nak tidur. tahap kesepahan pun boleh dikurangkan. kalau surirumah lain.

2. kalau keje, kurg dapat merasa, melayan anak2...pagi2 mandi kan anak, terutama yg baby, sakit pinggang tu pun kurg dirasa. surirumah lain, nak xnak semua tu kene ditempuh. tp anak amanah, dan anak sendiri di sayang, nak yg terbaik untuk anak sendiri, xsanggup rs nak sia2kan. sakit pingggang sakit dada pun usahakan juga yg terbaik.

3.kalau keje, ms untuk suap nasi utk anak, biasa sgt dengar mslh, anak xmo mkn kat umah sendiri, tp ngan pengasuh mkn banyak.. sbnrnya anak bukan xmo mkn. 1 dia dah kenyang di rumah pengasuh. 2 kene sabar ms menyuapnya. kdg sampai kering tgn.. tunggu dia mkn.. kejar2 sbb nak suap mkn sampai kenyang, baru dia nak mkn. ni yg wanita bekerja kurg sempat.

4. kalau keje, xberapa sempat melalui anak2 beronar, meragam.. yg kita lalui tu hanya sebahagian yg sangat kecil.. mungkin mlm2, sabtu ahad... ms hr kita keje, kita kurg dengar dan kurg rs.. tp itu lah yg didengar oleh seorg suri rumah mungkin setiap hari.. tp itu lah irama bgnya.. mmg kdg2 tensen.. tp wajah ceria anak2 kemudiannya jd ubat.. dan pengertian seorg suami juga sgt penting! suami yg penyayang.. penyabar .. juga jd ubat.. semua yg pahit2 tensen2 itu .. kembali jd sebuah kebahagiaan!

ini cuma dr sudut pandang ummi, yg dah 3tahun bekerja dan kemudian baru 2 bulan stgh jadi suri rumah....

xboleh tulis dah.. anak2 dah bersilat atas meja pasokon..

daaaaaaa

7 ulasan:

anon berkata...

salam adi... lama tak singgah sini. adi anak 3 takpela... saya anak sorang poonn kadang2 berperang... tapi budak2 ni kalau mood dier baik... memaaannggg baik sungguh ! kan ?!

Nor Adila Binti Rahmad berkata...

salam norat.. huhu, tu la dapat byg kan, kalau 3 mcm mana.. sy pun, ibu muda beranak ramai;) msh biasakan diri jugak:D..

tp alhamdulillah ms ni lah nak mendidik diri jd sabar..

betul la, kalau time mood baik, mmg best.. baik sekali! nak minta tolong pun sng, sincere pulak tu part yg paling syok sekali layan;)

7na berkata...

Adi dah tambah lagi yg ke-4 ker tahun nih? Saya insyaAllah, dalam bulan 8 ni, no-3. Tapi baby girl adi tu sebijik perangai dgn baby girl saya. Angin dia lain macam sikit. Abang dia pun kalah.

Nor Adila Binti Rahmad berkata...

7na ni siapa?:)

baru 3 lah.. hihi.. afif kecik lagi, baru nak masuk 9 bulan... hihi.. tp yg lelain, waktu ni, semua dah ada adik dlm perut:P

7na berkata...

nana ler. tu ler pasal tanya dah masuk 4 ker, hehehe. Saya dapat rezeki extra awal pulak yg no 3 nih. Belum 2 thn lagi kakaknyer bila yg nih lahir. Hmm, kena lebih berusaha nak besarkan anak-anak nih dan bersedia nih. Kurang bersedia sebab tak plan untuk yang ke-3.

Nor Adila Binti Rahmad berkata...

nana! apa kabar? tasneem mesti dah besar kan.. nana duduk kat mana skrg? teringin nak jumpa la.. lama sgt menyepi...

7na berkata...

Saya masih di Melaka. Kalau nak datang melaka contact ler. InsyaAllah ada. Besar dah anak saya yang kedua, tapi mungkin sama dengan puteri Adi, still menyusu lagi. Takut juga kalau berebut dengan adik yang bakal lahir bulan ni.