Isnin, Oktober 11, 2010

Ubat kesedihan yang tiada tolok bandingnya

alhamdulillah ala kulli haal...

sementara menunggu abi balik, dan anak2 juga sudah lena, ummi cuba menitipkan sesuatu di sini. merayau2 ke laman2 yg biasa ummi jejak sebentar tadi, tp nampaknya xberapa ada update yang baru. kalau tidak, oleh juga di jadikan idea untuk menulis. mungkin org masih sibuk menerima jemputan rumah terbuka lagi, walaupun hr ni dah 2 zulkaedah:).. subhanallah murah rezeki tahun ni, ramai org buat rumah terbuka. mudah2an murah rezeki org yg menjemput dan juga org yg menunaikan jemputan. kami juga petang td, sempat ke rumah terbuka wak sekendi, wak yg potong rumput di rumah kami setiap bulan. lewat! sbb terlupa, dah hampir maghrib baru teringat dengan jemputannya.hehe, ummi rs teruja dengan keramahan org jawa! rs mcm balik ke teluk intan rumah opah tok pulak tadi. muhammad pun, seronok dia tengok wak dan isterinya bersembang.. abi kata "kongkren..kongkren".. hehe, ummi bangga berdarah campuran jawa. itu lah antara tokucho org jawa, peramahnya lain! tp masih ramai kah jawa yg begitu skrg? sbb tu bila jumpa golongan makcik2, atok2, opah2 yg berdarah jawa.. ummi rs seronok sgt:) feel tu lain lah senang cerita...

susah betul nak menulis tajuk yg lari sikit dr kisah kehidupan seorg ibu dan anak2.. kdg2 cuba juga. tp mmg susah. ye lah sbb menulis yg realiti lebih mudah dr yg imaginasi. menulis pengalaman lebih mudah dari menulis fakta..:) apa2 pun, semoga dapat memberi manfaat. paling tidak dapat buat kenangan ummi sekeluarga bila hari ini telah menjadi sejarah.. apa pun, kalau tulisan ini dapat menjadi "ilmu" itu jauh lebih baik daripada hanya tulisan kosong. ilmu mungkin bermanfaat, untuk seorg, dua , 10 , 100.. mungkin dapat di pakai esok, lusa.. 10 tahun lagi, 100 tahun lagi. subhanallah, jika ilmu yg berguna.. besar amal jariah yang diperoleh oleh sang penulis.

hiyaa.. tapi apa ya yang mahu ditulis ini mlm...:D.

berkongsi kegembiraan. hari ni, seorg shbt baik ummi di ofis selamat melahirkan bayinya yg keempat. masya allah, sungguh comel, seperti ibunya. teringin ummi nak bermusafir ke kedah sana untuk melihat org baru yg lama dinanti kan..bayi suci dengan wajah yg membahagiakan, memang sentiasa menjadi ubat kesedihan yang tiada tolok bandingnya. alhamdulillah3x, semoga terhapus segala kesedihan sang ibu selama menanti hari yg membahagiakan ini. Semoga kesedihan digantikan dengan kehadiran anak yg akan menjadi anak solehah suatu hari nnti, aamiin. Ummi dan ibunya berkawan baik sejak ummi sampai di instun. dia yg byk bimbing ummi ms mula2 ummi sampai di sana.. tak sangka 3 tahun cpt sj berlalu.. oktober 2010, 3tahun dah ummi mengenalinya. suka, duka.. byk yg dikongsikan. bertemu berpisah, adat perkenalan... ummi cuma berdoa, mudah2an lps ni, kami dapat berjumpa semula... berjumpa semula dengan ibu dan anak2 yg jauh nun di kedah sana:).
comelkan! montel


tiba2 teringat dengan petikan hadith ni:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : - السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ -رواه البخاري ومسلم

Yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah Radhillahu Anhu berkata, telah bersabda Nabi Muhammad SAW : Orang-orang yang bergerak (untuk membantu) golongan armalah(ibu2 tunggal) dan orang-orang miskin umpama para mujahid yang berjuang di jalan Allah atau orang-orang yang berqiyamullal dan berpuasa di siang hari.

rahmat Allah ada di mana2... Allah memberi kita pilihan membuat kebaikan dipelbagai waktu, tempat, peluang dan ruang. cuma kita yang kadang2 terlalu cepat mengalah, cepat sgt memilih yg buruk dari yang baik. medan untuk membuat kebaikan terlalu luas... telah allah bentangkan, supaya kita usahakan, tidak byk pun sedikit kerana mungkin di situ terletaknya rahmat Allah, memilih kita ke syurganya..

ya allah, bantulah hamba2 mu ini.

**********
mesti nak cite juga pasal anak2 walaupun dah panjang.. hihi..

lawak jenaka yg paling tidak dibuat2, ialah lawak jenaka anak2, kerana mereka sungguh ikhlas! kalau bc senyum kambing kat utusan, xmcm lawak jenaka anak2 ni. senyum kambing punya lawak, hanya bisa membuatkan org tersenyum ala2 kambing.. ngeh2..

muhammad selalu tanya ummi: "ummi, muhammad kacak kan?"

ms mula2 dulu, ummi duk terpikir2 bila pulak lah ummi ngajar muhammad kotoba kacak ni. kene pulak lah gaya dia bertanya. akhirnya persoalan dihati ummi terjawab. rupanya dia tgk iklan krim rambut tu.. rambut terpacak2.. terpacak tu yg dimaksudkan dengan kacak. pantanglah di tengoknya org berambut lebat.. dia pun akan tanya soalan ni.. mm, skrg ummi dah penat jawab, ummi iyekan sj setiap kali dia bertanya. lepas tu kdg2 dia sambung pulak, "adik min xkacak kan, adik min org perempuan".. apa2lah muhammad.

ummi tengah train tasneem pulak bercakap betul:D.. susah jugak nak tune balik bahasa dia ni. mama ngan abahnya suka manja kan budak2 ni dengan bahasa pelat ala2 abg nabil dan abg aiman.. insha-Allah ummi cuba! budak2 kalau cakap pelat mmg comel. tp kurg bagus kan.. nnti terbawa2 sampai ke besar, dah sekolah nnti, jenuh pula dia nak mengejar kepetahan rakan2 sebaya nya! hehe..

uhu.. mana abi ni, dah jam 12 blm habis lagi urusannya. smg Allah permudahkan urusan dan meletakkan kita lurus pada jalannya.. aamiin..


tgk gambar ni, rs nak gigit dia

ms ni, muhammad bam bam lagi, sekarang ting ting ting.. sudah kurus

Tiada ulasan: