alhamdulillah ala kulli haal…
sedikit titipan untuk mlm ini sebelum melabuhkan tirai mata. anak2 semua dah tidur. abi pun, hampir jam 6ptg td tiba di rumah, sudah kepenatan. tinggal lah ummi keseorangan melayan mata dengan membaca apa2 bhn yg menarik hari ni untuk mengisi ruang kosong hati agar dapat dijadikan pedoman.
bbrp minggu lepas, ummi berpeluang menemankan seorg sahabat ummi ke mahkamah syariah untuk perbicaraan kes perceraian. 1st time ummi dapat masuk melihat sendiri bagaimana perbicaraan dibuat.. pengalaman yg amat berharga bagi ummi. sebutan kes dibuat secara beramai2, sepuluh pasangan secara bergilir. bgitu rupanya. ummi sempat mendengar beberapa pasangan yg dibicarakan kes mereka. ada sedikit kekesalan di hati ummi, ada antara pasangan yg mcm main2, tidak serius semasa kes mereka di sebut. sempat ketawa2, cuit2.. sedangkan bergegarnya arash Allah bila berlakunya perceraian. kahwin main2, cerai pun main2 ke?
sedih juga ummi bila sebut tentang hasrat berpoligami selalu menjadi punca perceraian. rs ummi, kalau benar2 si suami berjaya membimbing isteri memahami agama, insha-allah tidak ada masalah untuk isteri menerima poligami cara rasulullah. tolak tepi soal cemburu yg menjadi punca. bagi ummi, org perempuan mmg dikurniakan Allah dengan sifat cemburu yang org lelaki kena hadapi. sedangkan isteri nabi, sesama mereka juga cemburu, apatah lagi orang awam seperti ummi.
lebih dr itu adalah soal tanggungjawab. perkara ini byk diletakkan ditangga no berapa selepas keinginan lelaki untuk berkahwin lagi. jika isteri no 1 dan anak2 pun tidak mampu diberi nafkah, diberi agama, mana mungkin mudah2, mahu berkahwin lagi satu. tggungjawab yang pertama belum cuba diselesaikan dulu. Keluarga suatu amanah yang Allah berikan. lelaki sebagai nakhoda. kemana mahu di bawa keluarga, bergantung kepada kecekapan nakhoda nya. hidup terlalu pendek untuk disia2kan.
lg satu perkara, ummi rs, bila berlaku perceraian, sistem yg kita ada, kurang berpihak @ kurang membantu wanita yang bercerai drpd menerima hak mrk dengan sepatut2nya. ramai yg merana selepas diceraikan. dahlah sblm diceraikan lg dah merana.. dah berceraikan pun dinafikan hak mereka. kalau yg berilmu dan pandai bersuara keras mgkin lah boleh lantang menuntut haknya. tp yg kurang ilmu dan tidak berapa faham saluran mana yg boleh diguna pakai? hak mereka disia2kan. nak minta nafkah pun, mereka yg kene pergi jejak sendiri bekas suami yg menghilang?? kalau anak tgh kecik2 lagi.. kena turun naik mahkamah untuk memperjuangkan yg satu itu.. kdg2 sehingga bertahun2.. tidakkah tersiksa hidup mereka? patutlah besar ganjarannya bg sesiapa yg dapat membantu golongan armalah ini.
pd akhir perbicaraan, ada satu lg kekesalan di hati ummi bila pihak mahkamah mengumumkan bhw mereka berjaya menyelesaikan 10 kes perceraian hr ini. tidak pula disebutkan tentang peranan suami isteri @ pengajaran yang boleh diambil dr perceraian yg berlaku. mm, apakah ini yg di letakkan dalam KPI mereka, wallahu a’lam. apa yg ummi dpt, perbicaraan itu tidak dapat menyentuh hati / beri pengajaran yg baik kepada pasangan2.
ummi cuba buat kira2.. 1 mahkamah syariah 10 kes sehari x jumlah mahkamah syariah yg ada di malaysia ni.. mmm.. berapa ramai org bercerai setiap hari??? ramainya…
mohon perlindungan mu ya allah dr bala bencana ini. bimbg nnti, anak x kenal bapa.. anak terkahwin ayah sendiri.. anak terkahwin adik beradik tiri sendiri.. nauzubillah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan