Alhamdulilah ala kulli haal...
Lamanya xupdate teratak ni.
Beberapa perkara yg berlaku untuk beberapa waktu ni.
1. Alhamdulillah dah selamat pindah ke rumah baru lebih kurang 1 bulan:).. best2 alhamdulillah.. tp teringatkan rumah lama dan suasana lama juga.. xpe, belajar benda baru di tempat baru... ofis masih di instun. cuma berpindah dr bukit sentosa ke instun.
2. Dapat bos baru... ;) mcm nampak sinar baru untuk tahun depan..alhamdulillah. dapat 2 bos.. smlm dapat bos yg betul2 atas umi.. baru je habis sambung master dr univ monarch.. nampak hebat orangnya. Alhamdulillah, mgkin byk benda baru yg perlu dipelajari daripada beliau. Dan dlm 3 minggu lepas pulak, dpt bos baru bg seksyen lagi satu.. disebabkan bos yg betul2 atas umi dah lebih kurng 6 bulan xada, beliau menaggung tugas tersebut untuk 3 minggu. walaupun 3 minggu, terasa jugak.. mmg tip top knowledge nya.. hehe, terasa rendah diri yg amat.. tp terasa teruja sgt untuk mengorek pengalaman dan ilmu dr kedua2 nya.. alhamdulillah.. xsangka jugak.. rupanya beliau pun grade dr Jepun juga.. satu univ pulak dengan abi..
3. Misi hr ni menampakkan sinar. Dalam seminggu ni, bos baru ajar cara untuk transfrer kan laman web jabatan dr Windows ke Linux.. supaya lebih secure.. mmg lah dah berhajat nak membuatnya. Tp keterbatasan masa dan pengetahuan mengenai linux.. buat semuanya terbengkalai je selama ni.. Tp hari ni, usaha membuahkan hasil... smlm bos dah tunjukkan cara2nya sehingga dia kata, sampai ni je lah.. yg ni sy surrender, you cuba cari sendiri dulu........ Alhamdulillah, tarra... sekerat hari ni, cuba godek2.. akhirnya berjaya! Dah boleh up dah diserver yg baru! Sangat2 teruja, kerana sudah berapa tahun nak buat... tp tak berjaya... Lepas ni kena mahirlah menggunakan linux.. yg hanya nampak hiiitaaam je di skrin... hehe.. bersatu bertambah mutu.. bekerja dlm team work inilah hasilnya.
4. ujung tahun ni, asik lah kene pegi kursus.. hari ni ummi tinggal berempat je di ofis.. 2 bas pagi ni bertolak ke alor setar. Minggu depan, turn ummi pulak untuk ke Janda baik selama 3 hari. Kemudian minggu seterusnya, kene ke cameron pulak untuk 5 hari. Ntahlah.. mcm2 kursus dan mesyuarat... Xde pikir benda lain... mcm mana anak2?? Sian diorg. begitu juga dengan si abinya... mm
5. Hujung minggu smlm sudah hntr bibik pulang setelah genap sebulan 5 hari berkhidmat.. adalah benda2 nya yg menyebabkan terpaksa ditamatkan perkhidmatannya. Isk, mmg lah payah... untuk memikirkan plan yg seterusnya.. kalau ikutkan hati, ya.. mudah aja.. berenti kerja.. jaga anak sendirik.. tak payah nak mikir ambik bibik ke, hntr ke pengasuh ke.... aduhai... Doakan ummi dimudahkan untuk urusan yg satu ini dan juga urusan2 yang lainnya.. aamiin..
Nanti tulis lagi, insha-ALlah!
Bye2..Siiru ala barakatillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan