Khamis, Julai 14, 2011

Usaha, Istikharah, Tawakkal

Alhamdulillah ala kulli haal..

Lamanya lah xmengupdate blog ni. Dah masuk ke fasa “rajin” lah ni. Mari kita BERSIH kan rumah kasih clear..

Sejak akhir2 ni, ummi merasakan ummi perlu bantuan seorg bibik. Rasa makin xterurus dan penat pulak. .. bibik, oh bibik.. dimanakah mahu ku cari bibik yang solehah.. yg bukan hnya boleh bantu buat keje rumah, malah boleh bantu aku meningkatkan iman dan taqwa ummiL .. xde ke siapa2 yg ada sedara mara.. kakak @ adik ke @ makcik ke… yg mahu kan keje kosong ini. Nnti boleh kita bersaudara lebih aqrab…

Nak ambil bibik2 yg xkenal rs mcm memperjudikan nasib pulak.. susah juga nak kata. Yg ok, ok…  rezeki masing-masing juga tu sbnrnyaJ . smg Allah beri mudahlah urusan kita semua. Insha-Alalh sbnrnya ummi dah apply untuk masuk ke quartes INSTUN. Bila pikir2, untuk jimatkan kos minyak itu lah salah satu caranya. Tolak Colar rumah Rm250… mmg masih berbaloi dgn kos minyak kete ummi yg +- dalam RM600 sebulan. Kalau abi dapat bertahan skjp, untuk naik shuttle bus ke perodua dr tjg malim .. Alhamdulillah mmg sgt berbaloi2. Umah yg di Rawang, mgkin boleh di sewakan.. xdapat cover penuh pun byrn rumah pada bank bulan2, ummi congak2, mgkin lebih ok drpd berulang. Berulang jauh plus penat lagi.. Ada ke yg sudi untuk menyewanya nnti? Masih survey2 berapa kadar sewa yg sesuai, sebab rasanya masih tak boleh pegi tinggi juga lagi tu walaupun, dekat dengan sekolah, tesco, balai polis + tempat ramai org. Sbb Nampak mcm rumah2 teres yg boleh di sewa pada kadar maksimum rm450 masih banyak juga. Ya Allah, semoga di mudahkan urusan yang satu ini. Mungkin kene istikharah juga untuk menentukan pilihan yg satu ini.

Lepas tu, kalau abi boleh tukar kerja ke proton, ya Allah bestnya. Mmg xbyk yg ummi kene serabut kepala pikir. Jarak INSTUN ngan proton lebih kurg dalam 10km. Kalau abi kena balik lambat dek overtime pun, ummi xperlu risau sgt dengan perjalanan abi. Kalau masih diperodua, sedih juga nnti ummi bayangkan kepenatan abi. Dahlah kene bertolak ke ofis seawal jam 6.00 pg. balik pulak, jika OT sampai jam 8.30mlm, mgkin lah akan sampai rumah dalam jam 10 mlm. Pergi anak2 belum bangun, balik Anak2 pun dah tidur.. alahai sedihnya bila memikirkan kalau mcm tu keadaannya. Cuma mungkin ummi taklah kelam kabut mcm sekarang ni. Kain baju mungkin lebih terurus. Anak2 pun harapnya tidaklah “tidak cukup umi” seperti yg berlaku skrg ni.

Allahumma yassir! Kadang kita rasa, suatu keputusan yang kita buat tu, itu lah yg terbaik untuk kita setelah dibuat penilaian beberapa lama. Tapi xsemestinya, kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yg terang dan tersembunyi.. ISTIKHARAH! Tanya Allah dulu. Apa pun surat untuk masuk ke quarters, ummi dah terima.. tunggu dipangil masuk saja. Mungkin sekitar bulan depan. Sahabat2 doakan yang terbaik.

Lagi 17 hari kita nak menuju ramadhan.. apa persiapan sahabat2? Ummi berazam untuk ramadhan yg lebih penuh penghayatan tahun ini, walaupun  tahun ini juga mungkin spt tahun2 lalu akan asyik berbuka dalam keretaL dan abi pun asyik kempunan makan berbuka dgn air tgn ummiL. Kalau boleh tahun ni nak khatam n hadam sebanyaknya alquran! Bermulalah dr sekarang.. Aamiin.

Tiada ulasan: