Rabu, Ogos 26, 2009

Putriku sudah maju

Alhamdulillah ala kulli haal..

Sy cek2 email lama sy jumpa gambar2 lama bersama maiko. Natsukashi...

Waktu ni kami ke rumah Hari sensei. Hari sensei cikgu sy semasa buat kursus persediaan di UM. Kebetulan lepas dia pulang ke Jepun, rumahnya berdekatan dengan tempat sy belajar. Rasanya waktu tu sy cuma pergi berdua dengan maiko. Liya xikut sbb ada hal apa ntah tak ingat. Tgk maiko. Tsugoi.. hehe, dia pun ikut berpurdah. Kata nya mahu cuba rs apa yang sy rasa. Baju yg kami pakai tu pun maiko yg hadiahkan. Dibelinya 3 pasang; satu untuk saya, satu untuk liya, dan satu untuk dirinya. Macho saja dia berpurdah bersama sy hari tu. Kami pergi naik chikatetsu(keretapi bwh tanah)! Dia xkisah, hehe, sy pun xkisah sama..



Bersama Hari sensei, isteri dan dua orang rakannya. Belajar cara buat udon.


Ni sy masa muda2. Sedihnya bila kenang balik. Bila kah akan kembali...

Ni plk anak2 embak thety (ummuthoriq) Si Thoriq abidin dan Ni'amul Hassan. Di rumah sy yg sekangkang kera. Anak patung sy pun ada.. huhu, xingat mana sy dapat. Yg pastinya bukan sy beli sendiri. Kat mana dah pun, terlupa.


Ni plk kat rumah Meral san, seorang shbt Iran yg dah berbelas tahun duduk di Jepun. Kahwin dengan org Jepun tanpa Jepun itu masuk Islam. Sedih bila jumpa dia. Sy yakin hati dia masih Islam. Kalau dia bercerita dia menangis, katanya waktu kecil dia bercita2 untuk jadi hafizah, bahkan sudah separuh jalan menghafal al-quran. Xtahu kenapa dia pilih jalan sekarang ini. Moga dia kembali semula kepangkuan Islam. Slps balik ke malaysia ada beberapa kali sy kirim dan menerima email drpd dia. Selepas itu, email tidak berbalas. Apa kabar agaknya dia skrg.
Maiko bersama anak Meral san. Kawaii:)

#########################

Putri sy dah boleh merangkak. Balik smlm, kak misah bg tahu.. "dia dah merangkak dah dila.. Risau akak tengok dia hempas dada dia masa cuba2 nak merangkak tu."

Memang pun. Sy sendiri risau melihat kegigihan tasneem. Ahad smlm sy letakkan di katil. Dia maju sambil mengangkat punggung dan dadanya. Tiba2 dengar bunyi menangis.. rupanya terhantuk di dinding katilnya. Huhu, mujur sikit sj. Nampaknya dah xboleh lah letak dekat katil dia tu. Kami beli katil untuk tasneem dulu sbbkan risau si abang muhammad mengacau adiknya. Tp nampaknya xlama lagi terpaksa simpan lah katil itu.

Gigih.. memang gigih... seperasan sy tasneem mula mengangkat punggung dan dada seakan2 mahu merangkak sabtu semalam. Itu lah yg sy perasan (Ni la satu ralat yg paling sy rskan... bila bekerja terlepas perkara2 yg kali pertama berjaya dilakukan oleh anak2:( ).. 4 hari ini sejak sabtu lepas, mmg dia gigih berlatih.. mula2 berundur.. lepas tu maju sikit tp dengan hempasan yg kuat.. tp semakin lama semakin elok sy lihat rangkakkan nya:) kawaii.. Terus kan berjuang putri ku.. Ummi dan abi dan abg akan terus bg sokongan!

2 ulasan:

liya berkata...

Oh sorry adie dah cerita kat entry sebelum ni pasal Maiko..alhamdulillah dapat jiran Muslim juga..semoga dia terus dikuatkan iman & tabah hadapi dugaan kat sana..

Hari tu Fendi ade chat ngan Shahreza..nak suruh Fendi tanya kan dia ke pasal cadangan adie tu? ;)

Unknown berkata...

Tu la.. bagus kan kalau mcm tu. Sy rs dia masih kuat rs nak belajar dan mendalami Islam. Liya try lah contact dia, sy xsure dia kat nihon @ bukan. Sbb dia kata tahun ni dia puasa ngan zainab.. Sy tanya dia xjawap. Kemungkinan besar kat nihon....

Kalau liya ctct dia, mungkin lebih memudahkan plan kita;)