Jumaat, Ogos 21, 2009

Pesta beribadah telah pun bermula .. ramadhan kareem

Alhamdulillah ala kulli haal

Waktu menulis ni baru siap menyediakan slide untuk seminar minggu depan. Rileks adi rileks.. nak kena bercakap dekat audi.. huhu, 2 minggu sblm program dah ketar. Kali ni kami semua kena bercakap dan bersedia dengan slide masing2! Sblm ni xpenah lagi dekat audi plk.. huhu, mcm YB plk rasanya. Insha-Allah, gunakanlah segala kekuatan yg ada, buat dengan bersungguh2. Slot sy petang plk tu, time puasa.. ada lagi ke org idak di hujung seminar tu.. harapnya masih ada yg sudi mendengar... optimis!

Insha-ALlah esok ada pelancaran usrah muslimat dan remaja peringkat masjid bukit sentosa. Sy ditugaskan hantar sms kepada semua Ahli Kelab Remaja Masjid (KRIMAS). Mak aai.. susah rupanya. Selama ni sy xpenah buat keje ni.. biasa shbt lain yg buat keje promosi. Pg td sambil tulis mesej.. sambil2 tu buat keje ofis.. sambil2 tu buat itu buat ini... sehingga hampir tgh hari baru sy selesai menghantar ke hampir 150 org adik2. Mudah2an esok ramai yg hadir dan ramai yg nak menyertai tadarus ramadhan ni nanti. Biarlah mcm2 background sekali pun. Pandai bc ke x pandai baca ke.. yg penting kita sama2 cuba memperbaiki bacaan kita kan. Ye itu sebenarnya. Jgn risau / malu ye shbt2.

Tahun lepas di ofis, sy rs dr seramai2 staff hanya bbrp org shj yg dtg untuk tadarus. Sy amat yakin di samping kekangan2 lain.. ada yg malu dikatakan bacaannya tidak bagus. Maaf kata mungkin kalau bos yg pangkat tinggi2 tu, mungkin lebih lg rs malunya.. huhu, sbb tu ke bos xramai yg turun... mm, xsemua.. tp benar.. tadarus tahun lepas, yg ramainya makcik cleaner! Mm. kalau benarlah disebabkan perasaan malu tu, usahalah buangkan ia sbb rugi. Rasulullah janji... org yg membaca al-Quran dengan seribu satu mcm kesusahan akan mendapat 2 pahala, berbanding org yg sudah pandai membaca. Ini sebab satu lagi pahalanya adalah pahaya susah payah dia belajar tu! 2 kali ganda da yon!

Di kesempatan ini, sy mengucapkan selamat berpuasa dan menjalani pesta ibadah ini dengan sebaik mungkin. Sy ingin mohon maaf jika saya ada melakukan salah dan silap dengan sahabat2 sekalian, sama ada yg sengaja @ tidak. Maafkan sy, sy cuba memperbaiki diri dan harap shbt2 boleh menjadi cerminan bg sy; tegur sj mana yg nampak ye... insha-ALlah sy cuba muhasabah.

Selamat menjalani proses tarbiyah!


**************************

Mmg best!

Smlm dpt mkn sushi ngan sashimi.. arigatou abi! Ke arigatou ummi?? Kuang3x.. sama2 arigatou.. Sy xsempat nak tangkap gambar masa meja penuh dengan makanan, sbbnya malu org ramai... bila org dah xramai, mknn dah tinggal sikit. Ada beberapa keping lagi saya xmasukkan.. hari ni wayer hset tertinggal di rumah!

Tiada ulasan: