Khamis, November 26, 2009

Di sebalik keceriaan, ada kerinduan. Di sebalik senyuman, ada pengharapan.

alhamdulillah ala kulli haal...

sunyi sepi di ofis hari ini. hampir ke semua sahabat seofis sudah mengambil cuti balik beraya ke kampung halaman masing2. Jika sy masih punyai cuti, mungkin sy juga sudah berada di kampung waktu ini, bersama abi dan anak-anak, opah @ tok ayoh.. dan juga yang lain2. Sehingga ke saat2 akhir, kami masih belum buat keputusan untuk berhari raya di mana kali ini. Sy tidak mahu mendesak abi untuk berhari ry di kelang kali ini, memandangkan sy fikir hati abi pasti membuak mahu pulang menggembirakan abah yg baru kehilangan insan tersayang, ma...

pasti suasana lebih sunyi di kb jika kami tidak pulang.... tp seperti biasa, abi juga cuba memahami sy; kalau ikut plan ry puasa tempoh hari, kami merancang untuk berhari ry di klang dulu, kemudian pulang ke kb. Tp takdir Allah lebih dulu menjemput ma.. akhirnya 27 ramadhan itu kami pulang ke kota bharu.. berhari ry dengan penuh kehibaan tanpa ma... Berhari ry di mana pun sy xkisah. Hanya niat di hati, semoga kehadiran kami dapat membahagiakan org2 tersayang. Jika di Kb, pastinya tok ayoh akan rs bahagia. Dan kalau di klang pula pasti opah pun akan merasa yg sama...

Mujur, mak saya juga selalu memahami. Dia seakan2 tidak mahu bertanya "beraya di mana tahun ni" tp selalunya ayatnya di susun lembut "cadangnya bila balik kelantan"..cuma sy agak tersentuh dengan kata2 kakak sulung sy tempoh hari.. "Kesian mak, time raya, jarang2 anak perempuannya ada " Kakak sy juga kawin dengan org jauh; kedah. Jd biasanya waktu ry, mmg akan lama pulang berhari ry di sana. Tp kebiasaannya jika 1 hr ry kami tidak dapat bersama dengan mak, kami cuba pastikan sebelum bertolak, akan singgah terlebih dahulu untuk kucup tangan mak dan minta doakan perjalanan baik2 sj ke kampung.

jadi perancangan, mlm ini (kalau x penat melampau)@ esok pagi kami pulang berhari ry di klang.. kemudian balik ke kb petang esok @ pagi sabtu sehingga isnin. Doakan perjalanan kami selamat dan diberkati.

############

sedih baca entry di blog abi hari ini. Di sebalik keceriaan, ada kerinduan. Di sebalik senyuman, ada pengharapan. Mampu ke ummi menjadi seorang isteri yg dapat menggantikan peranan ibu kepada suaminya... abi sj yg dapat memberi jwpnnya hari ini, dan akan datang.. ummi hanya mampu berusaha dan berusaha dan terus berusaha... Ummi kadang2 terfikir, bila muhammad besar dan punya isteri.. mgkin kah dia akan terkenang pada air tangan umminya yg seorang ini seperti abi.. @ mungkinkah selepas dia mengenali isterinya satu hari nanti, dia akan terlupa dengan air tangan umminya ini.. mungkin kah dia akan lupa tangan ummi yang juga pernah menyuap makan, memandi kan, hatta mencebokkan ini.. Ummi sentiasa berdoa muhammad dan adik2nya nnti; tetap seperti abi tidak semudah itu melupakan siapa ummi nya, dan ummi juga akan sentiasa berusaha menjadi ummi yang terbaik untuk abi dan anak2nya dan sentiasa menjadi kenang-kenangan kepada abi dan anak2 setelah ummi tiada serti mana ma..

jika sy sebagai seorang ummi, pasti sy sgt jika menantu sy dapat membahagiakan anak2 sy; dan jika sy sebagai seorang isteri, pastinya sy gembira jika sy dapat menggantikan peranan ibu kepada suami sy dalam rumah tangga sy. Semoga suatu hari nanti, sy dapat mencapai: "Isteri yang menjadi ibu kepada suami dan anak-anak2nya.. " aamin.

Tiada ulasan: