Rabu, Disember 02, 2009

Menyingkap hikmah

Alhamdulillah ala kulli haal.
 
Cuba mencari ruang untuk menulis sikit pagi ini... sbnrnya kalau benar2 ada mood untuk menulis, xlama.. 5 - 10 minit shj diperlukan. Kalau nak menulis nya berkualiti dan serius.. mgkin lama sikit sebab perlu merujuk sumber lain. Tapi kalau sekadar berkongsi pengalaman, xperlu masa yg sangat panjang untuk berfikir. Tulis dulu sblm lupa, dan selepas tu kalau ada idea2 baru, cuma di tambah kemudian. Dan jika ada yg tidak sesuai dipadam semula...Alhamdulillah.. bg sy, membaca balik tulisan lama2, salah satu cara memuhasabah diri.. mmg ada masa, sy juga seperti manusia lain.. ke"bengong"an, menulis menurut emosi.. kadang gembira, kadang marah, kadang sedih.. kadang begitu dan kadang begini... Cuma keazaman sy, mahu menulis yang bermanfaat. mahu memberi manfaat kepada diri sendiri, kepada abi dan anak2, kepada kawan2 dan kepada sesiapa shj yg sudi singgh @ tersinggah di teratak ini..
 
******
Alhamdulillah hari raya haji lepas, kami pulang ke klang pada pagi raya, sempat membawa anak2 bersama2 pergi solat raya di klang. Muhammad berbaju melayu dan tasneem siap sy pakaikan tudung. Waktu solat, seperti biasalah sy akan bersolat di sof belakang bersama anak2. Tasneem ok, masih terkawal. Tp muhammad, sudah tidak boleh di bawa kompromi:). Dia bermain dengan abg muizuddin anak kepada kakak saya, sehingga gamatlah masjid waktu itu... belum mumayyiz; walaupun sudah berkali2 diberitahu supaya duduk senyap2... bertahanlah dalam 10 saat, kemudian bising semula. Sy dan kakak cuma mahu mengejar fadhilat solat raya yg hanya diperoleh setahun dua kali itu dengan berjemaah.. adakalanya terlepas, adakalanya dapat, tp dalam suasana yg begini lah. Ala kulli haal.. mudah2an mata yg memandang, telinga yang mendengar gelagat anak2 yg bising itu, dapat berlapang dada dan memaafkan anak kecil itu dan ibunya... Waktu solat idulfitri yg lepas, sy hanya mendengar khutbah bersama anak2 di dalam kereta sementara menunggu abi dan tok ayoh siap solat. Masjid yg kecil waktu itu, buat sy bimbang dengan keselamatan anak2 jika sy turut turun solat, tanpa ada yg menjaga mereka. Tp kondisi masjid untuk solat ry kali ini yang lebih besar dan selesa dan yg lebih penting sy fikirkan selamat untuk anak2.. alhamdulillah boleh lah sy ersolat dengan sedikit lega.
 
Petang hari raya pertama itu, kami bertolak ke kota bharu. Waktu bertolak, cuaca cerah, tp waktu dipertengahan jalan, hujan lebat turun... jalan juga masih penuh kereta. kami hanya mampu sampai di cameron sekitar jam 8 mlm dengan keadaan muhammad yg sudah "sgt puas" duduk di dalam kereta.
 
"Ummi, jomla buat susu dekat rumat" kata muhammad. Mlm itu, kami bermalam di cameron. mujur ada hotel cikai untuk di sewa (cikai? cikai2 pun rm100 melayang... hanya untuk tidur.. huhu). Xpalah, biarlah anak2 berehat. Esoknya seawal jam 7 kami bertolak. Itu pun cuma dapat sampai di kota bharu sekitar jam 3.30ptg. Masya Allah jalan masih jem dan byk kereta lagi. Kesian abi lama memandu.
 
Alhamdulillah dpt berjumpa tok ayoh. Suasana suram dan sgt beza di kota bharu. Tok ayoh masih bersedih. Tiada lagi hidangan istimewa ma.. hanya terngiang2 batuk2 kecil ma seakan2 sedang menyediakan sesuatu di dapur................
 
******
Sejak pemergian ma, abi mengajak sy pulang ke kota bharu menemankan abah. Sy tahu, itulah pengorbanan abi yg paling besar untuk abah walaupun xkan mampu membalas jasa keduanya. Sy bersetuju walaupun mmg byk perkara yg bermain difikiran saya. Di mana abi bakal bekerja? Berapa lama masa yg anak2 perlukan untuk sesuaikan dengan suasana dan pengasuh baru. Saya sendiri bakal bekerja di mana? @ menjadi suri sepenuh masa abi seperti ma? Aaah~~, mmg byk perkara yg berlegar di fikiran. full stop!
 
Kronologi:
 
25 Mac 2005:  Pulang ke malaysia
20 Ogos 2006: Sah sebagai suri hati abi:)
10 Jun 2007: Melahirkan muhammad
11 Julai 2007: Interview JPA setelah hampir 3 thn mengisi borang SPA dan langsung sudah tidak ada hati untuk bekerja. Interview seperti sedang bersembang kosong dengan panel. Cerita anak di rumah yg ditinggalkan baru sebulan... dengan harapan tidaklah terpilih untuk post tersebut.
27 Sept 2007:Melapor diri dalam keadaan hati masih tidak rela meninggalkan muhammad yang belum pun 4 bulan. Hampir 2minggu berulang dr rawang ke putrajaya. Kemudian posting di tanjung malim
7 Mac 2009: Melahirkan tasneem
2 Dec 2009: Akhirnya hingga ke saat ini sudah lebih 2 thn sy bekerja??? Subhanallah cepatnya ms berjalan....
 
 
Nak cerita kronologi mcm mana sy boleh ter"kerja" panjang, xlarat nak tulis danyg membacanya pasti xlarat nak baca.. Alhamdulillah tp sy yakin, semua yg berlaku xada yang sia2.. Mmg sejak sy menerima surat panggilan interview... pergi interview semasa masih berpantang... berbarut, berparam, memanjat tangga sehingga tiga tingkat.. .. melapor diri .. semuanya sy cuba mengelak.. tp itulah yg tertulis.. akhirnya sudah 2thn lebih sy di sini.. Mungkin rezeki anak2.. mgkin pengalamn berharga yg dapat sy timba di sini. Mgkin sumbangan yg dpt sy beri.. mgkin ada hikamh yg perlu sy kutip di sini.. Kita hanya merancang. Tp perancangan Allah maha hebat dan hanya Allah yg maha mengetahui apa yg terkandung di sebalik semua nya ini.
 

1 ulasan:

Fasihah berkata...

assalamualaikum Adi... saya pun selalu rasa benda yg sama bila tulis blog. Selalu jugak padam/betulkan entry, takut2 ada entry yg memalukan diri sendiri/mengecikkan hati suami. Mungkin mmg lumrah wanita, suka tulis/ckp ikut emosi. Tp dlm masa yg sama punyalah struggle nak tulis benda2 baik dan elok. Nak keep blog tu hidup pun lagi payah apatah lg nk ckp benda yg baik.
Mengenai kerja yg Adi minta melalui SPA tu, saya pun byk kali minta SPA, tp selalunya bila kena dtg exam je sy tak dtg. Bukan apa, mcm xde kekuatan nak minta, macam takbes je lgpun sy xtau apa skop kerjanya, dan tambahan pula saya sering ditakut2kan dgn 'kursus induksi' yg memerlukan kekuatan jasmani dan rohani, sedangkan saya ni lembik orangnya.

Skrg sy dh berenti kerja hampir 5 bulan, selama ni kerja swasta, tekad gak berenti sbb hati ni asyik terpaut nak duk rumah kesian kat anak yg duk taska. Saja nak merasa jd fulltime housewife, sebelum ni tak pernah rasa. Tp agak tercekik juga dlm keadaan ekonomi skrg ni. Jd saya nk tanya Adi mcm mana Adi boleh pergi juga exam/interview/kursus induksi tu.. :) Sory panjangnya komen. hehe