Selasa, November 24, 2009

Usah lari dr ikatan itu...

alhamdulillah ala kulli haal...

hari ni hr yg penat.. tp puas.. usaha kami seharian membuahkan hasil.... usaha utk migrate laman web jbtn dr joomla version 1.0.15 ke joomla 1.5.15 hampir berjaya. boleh rujuk sini : joomla.org dan joomla-my.org. @siapa2 yg nak share boleh la, insha-allah sy cuba bantu dengan pengalaman seciput yg ada ni. tqlah kepada semua yg memberi sumbangan tenaga dan sokongan moral.. especially server punya tokey yg sy sebut smlm.. haha.. kredit lg tuk kak liza..

yg keduanya... mlm ni.. godek punya godek punya godek... terjumpa satu lg perkara yg dah dekat sebulan memeningkan kpl sy.. putar sana xboleh, putar sini xboleh.. akhirnya mlm ni berjaya.. berkenaan laman web jbtn juga. sy tengok setting template semua ok dah... tp tah kene bila preview.. jadi besar.. lebih besar dr screen computer ku.. dah tentu lah sakit mata melihatnya... dah web admin pun sakit mata, apatah lagi pengunjung2 yg sehari mencecah beratus juga.. puncanya cuma disebabkan ada satu table kosong yg luuuuas, telah diwujudkan semasa buat content.. jd bila remove table tersebut.. hilanglah kelarian ukuran website ku.. mlm ini sy berpuas hati dengan appearance.. esok pg2 kene mel bos...

"bos, website dah ok.. kene belanja sy.. hehe, asyik ko*pl*n je"

laman web jbtn mmg hit sjk drpd zaman sblm sy masuk kesini lg (nak bgtahu ni; bukan lah sbb sy jd webadmin, pengunjung jd ramai.. hehe)... tapi... wab jabatan selalu jd tumpuan sbb ramai yg merujuk berkenaan ukur dan pemetaan, dan juga perundangan tanah.. xkurang juga pengunjung ramai, sbb ramai kakitangan ker*j***n yg nak mohon kursus di sini. tp jd satu kelebihan kalau web mesra pengguna.. selepas hampir berjaya untuk buat migration td, insha-allah kami mkn semangat untuk upgrade upgrade dan upgrade... kalau mesyuarat xsia2.. kalau teamwork juga takkan sia2.. ada je benda baru kita belajar walaupun belum berjaya.. ya, itu yg saya belajar dr berjamaah.. oleh itu, jauh mana pun kita pergi..jgn laari dr ikatan jamaah.. kerana jamaah xmemerlukan kita sgt, tp kitalah yg sgt2 memerlukan jamaah.. yakin!

::::::::::::::::

cerita anak..

kesian muhammad sakit perut tadi.. jrg2 kene sembelit, maghrib td kene pulak.. lama lah juga memujuknya.. dengan kekalutan nak ikut abi ke kilang.. "abi, muhammad nak keje kilang" katanya.. akhirnya muhammad tertido, tanpa berjaya y*k.. mudah2an esok semuanya ok2 sj.. kebiasaannya lps minum susu, mudah sj dia tery*k. tp ntah kenapa hr ni... sy mengagak mungkin byk mkn coklat, sbb waktu menangis td, dia sampai termuntah.. isi coklat:P yelah tu.. sama ada mkn coklat @ minum coklat. ummi doa mudah2an semuanya baik2 sj.. kesian muhammad... kalau kita kene sembelit pun.......sakit kan??? apa lagi muhammad yg baru 2 thn setengah!

--
http://adiemad.blogspot.com/

Tiada ulasan: